Sekitar seribu kekosongan tawaran mengerjakan ibadah Haji bagi musim 2022 yang ditolak jemaah atas pelbagai faktor termasuk masalah kesihatan sebelum ini telah diisi.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad berkata keutamaan bagi mengisi kekosongan itu diberikan kepada jemaah Haji bagi kumpulan tahun 2020 dan 2021.